Thariq Ridzuwan: His Treasure: Season 1 (2025)
Trailer
Nonton Film Online Thariq Ridzuwan: His Treasure: Season 1 (2025) | CGVINDO
Nonton Thariq Ridzuwan: His Treasure: Season 1 (2025) –
Thariq Ridzuan (Meerqeen), seorang ejen elit dari unit Holy Dragon, sanggup mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan Husniya Radwa (Qasrina Karim), bekas kekasihnya yang dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri. Mereka akhirnya bersatu namun hubungan mereka diuji dengan cemburu, trauma silam, tekanan keluarga dan tragedi yang hampir meragut segalanya.
Saat Radwa disahkan hamil, harapan kembali menyinar tetapi kemunculan lelaki misteri dari masa lalunya sekali lagi menguji cinta mereka. Dalam perjuangan melawan masa silam dan ancaman baharu, Thariq dan Radwa berpegang pada cinta demi melindungi keluarga mereka.
Drama arahan Eyra Rahman diadaptasikan dari novel Thariq Ridzuwan Commando’s: His Treasure karya penulisan Huda Najwa yang menjadi pilihan pembaca pada tahun 2024. I tak pernah baca novel dia so this review solely based on drama lah.
Masa pergi premiere Thariq Ridzuwan: His Treasure dah boleh nampak chemistry antara Merqeen dan Qasrina. Even pengarah sendiri bagitahu yang dia bersyukur dapat bekerja dengan Merqeen dan cast lain sebab berjaya deliver watak sebaiknya.
Betul lah yang dia kata tu sebab I tertarik dengan personaliti Thariq Ridzuwan sebagai penjaga Treasure dia yang tersangatlah damsel in distress. Radwa ada anxiety dan depression yang teruk gara-gara menjadi punca penculikan adik bongsu dia. Punca di sini adalah kerana tak jaga adik dengan baik walaupun dia cuma manusia biasa.
Konflik ni sama macam yang watak utama hadap dalam drama Family By Choice (2024). Jadi mudah lah untuk faham kenapa Radwa ada mood swing yang teruk bila membesar dalam environment yang toksik. Along (Reen Rahim) dengan Raudhah (Myra Afrina) pun bermasalah sebab Umi memang dah ajar anak-anak dia untuk buli Radwa. Lagi menyakitkan bila dia ada Abah (Manan Sulaiman) yang berdiam diri.
Dekat awal drama rasa geram lah juga kenapa Husniya Radwa rasa terharu bila Thariq selamatkan dia tapi tak lama lepas tu dia emosi bila teringat Thariq bertunang dengan Anita (Alicia Amin). Kalau jadi Radwa pun geram juga sebab tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba bertunang dengan orang lain. Lepastu hilang kemudian ajak kahwin. Nak tunggu Thariq dengan Radwa selesaikan konflik tu pun makan masa. Olahan pengarah pun tak menarik buatkan kita rasa bosan dan menyampah dengan permainan tarik tali antara watak utama.
Unit Holy Dragon pun tak kuat sebagai plot sampingan walaupun ada konflik yang menarik bila menyiasat kes pemerdagangan kanak-kanak di rumah anak yatim. Tak pasti kenapa komando kena menyiasat kes jenayah macam ni sedangkan kes tu level polis jenayah.
Mungkin kes tu sebenarnya besar tapi disebabkan kelemahan olahan pengarah dan penulis buatkan babak Holy Dragon tampak dangkal. Dekat Episod pertama pun sniper gagal tembak Chi Beng (Fezrul Khan) sedangkan clear shot. Babak Thariq terkejut Farez (Evertts Gomes) hidup lagi padahal dah kena bunuh tu merepek sangat sebab dekat flashback, dia tak beria pun bunuh dan pastikan watak antagonis mati.
Merepek betul bila Holy Dragon terlibat dalam konflik Thariq-Radwa dan keluarga Radwa. Faham lah brotherhood tapi masing-masing macam tak ada life. Babak Raudhah boleh selesai dalam masa 5 minit tapi drag sampai satu episod. Babak aksi pun tak lah menarik sangat tapi Merqeen in uniform is a bless so layan je lah. Lagu Alangkah – Hael Husaini dengan P. Ramlee dan Saloma – ALPHA sebagai lagu latar pun function teruk.
Ramai yang tak suka tengok Qasrina berlakon dalam drama Thariq Ridzuwan: His Treasure tapi I sebaliknya. Qasrina cantik sangat sebagai Husniya Radwa dan tak hairan lah kalau Thariq boleh jatuh cinta walaupun sentiasa meroyan. Kelakar tengok babak dia bunuh diri dalam bath tub sebab dah tenggelam lepastu timbul sekejap ambil oksigen then next minute dia terlangkup pulak then keluar dari bath tub.






